BN Sabah Ada Calon Sesuai Ganti Wakil Rakyat Keluar Parti

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah mempunyai calon berwibawa untuk mengisi slot yang dikosongkan oleh anggota parlimennya yang bertindak keluar parti.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN Sabah juga tidak akan hancur dengan tindakan wakil rakyat terbabit.

"...ahli parlimen (BN) yang keluar baru empat, sedangkan Yang Berhormat pembangkang sudah keluar 13 iaitu enam dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), lima anggota dewan undangan negeri PKR jadi Bebas, satu dari DAP dan satu dari PAS keluar (parti) dalam penggal ini.

"Kalau mereka kata BN hancur, mereka silap kerana angka itu menunjukkan pembangkang yang hancur bukan BN," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Program Nur Ramadan di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini malam Khamis.

Tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada BN pada 17 September 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.

Pada Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Beaufort berkuat kuasa serta-merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Lajim yang merupakan Anggota Parlimen Beaufort bagaimanapun masih anggota Umno.

Sehari selepas itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mengumumkan keluar parti tersebut dan mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah.

Bumburing merupakan Anggota Parlimen Tuaran. Ahmad berkata anggota parlimen terbabit bertindak keluar parti kerana terpedaya dengan janji manis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pantai Manis, Kota Belud bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM10,000 untuk membaik pulih masjid itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan