Transparency International Malaysia Gesa Kerajaan Lindungi Pemberi Maklumat

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan supaya melindungi pemberi maklumat dan bukan menganiaya mereka.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata, pemberi maklumat merupakan satu salah daripada faktor penyumbang yang membantu mendedahkan amalan rasuah dan kerajaan telah memperkenalkan tentang kepentingan pemberi maklumat dengan menggubal Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Pemberi maklumat meletakkan diri mereka pada risiko yang tinggi membabitkan nyawa dan kerjaya, dan juga kerja, keluarga serta hubungan dengan masyarakat.

“Mereka mungkin tidak mengharapkan pengiktirafan atau ganjaran atas tindakan mereka, tetapi sekurang-kurangnya mereka berhak mendapatkan perlindungan,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen kerana mendedahkan penyata perbankan yang sulit, mempunyai kaitan dengan skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp).

Beliau mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan butiran sulit berkenaan yang dilindungi di bawah Akta Institut Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Bekas kerani sebuah bank, Johari Mohamad turut didakwa bersubahat dengan Rafizi di tempat dan waktu yang sama.

Kedua-dua mereka berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM3 juta, atau kedua-duanya sekali.

Low berkata, sebarang tanggapan oleh masyarakat terhadap pendakwaan yang bersifat berat sebelah akan menjejaskan agensi penguatkuasaan dan usaha untuk membanteras rasuah, dan ia tidak selari dengan matlamat Akta tersebut.

“Pemberi maklumat mempunyai maklumat bagi pihak pertama atas salah laku dan usahanya membanteras rasuah dengan yakin.

“Agensi penguatkuasaan menerima maklumat mereka perlu memainkan peranan yang seimbang dalam mengesahkan laporan berhubung salah laku, dan melaksanakan penyiasatan jika perlu, tanpa takut dan teragak-agak,” kata beliau.

Beliau turut berkata, memerangi rasuah memerlukan penyertaan yang tegas oleh semua pihak berkepentingn dari pihak kehakiman, perundangan, agensi penguatkuasaan, sektor swasta, pertubhan awam dan masyakat.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan