PKR Sedia Tawar Lajim, Bumburing Kerusi - Anwar - Berita Semasa | mStar

PKR Sedia Tawar Lajim, Bumburing Kerusi - Anwar

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing boleh kekal bertanding di kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama pakatan pembangkang.

Kedua-dua pemimpin Sabah itu juga diberikan keistimewaan untuk memilih bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS serta DAP atau parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti-parti berkenaan.

Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.

"Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.

"Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Selain itu Anwar turut menjanjikan 'berita positif' apabila beliau mengadakan kunjungan ke Sabah minggu depan.

"Saya akan ke Sabah pada 12 Ogos ini dengan beberapa berita positif...dengan kejutan," katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata perkembangan terbaru politik di Sabah selepas Lajim dan Bumburing mengumumkan menyokong pembangkang memberi keyakinan kepadanya untuk mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bagaimanapun Anwar tidak menyatakan sasaran jumlah kerusi yang mampu dimenangi pembangkang pada pilihan raya itu nanti.

"InsyaAllah kita boleh ke Putrajaya. Ini berdasarkan sokongan padu daripada rakyat di Tuaran dan Beaufort.

"Kita jangkakan perubahan besar bakal berlaku di Sabah tapi kita tak pasti jumlah (kerusi yang boleh menang)," katanya.

Sabtu minggu lalu Lajim melepaskan semua jawatannya dalam Umno sebelum Bumburing yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mengikut jejaknya pada Ahad untuk menyokong pembangkang.

Selasa lalu Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan membatalkan pelantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuat kuasa serta-merta.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan