Pemuda Umno Kedah Harap Dapat Bertanding Di Lapan Kerusi Pada PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda Umno Negeri di Jitra, Kedah, Rabu. Pemuda Umno Kedah berharap pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada wakil mereka bertanding di lapan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. -fotoBERNAMA
Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda Umno Negeri di Jitra, Kedah, Rabu. Pemuda Umno Kedah berharap pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada wakil mereka bertanding di lapan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. -fotoBERNAMA

JITRA: Pemuda Umno Kedah berharap pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada wakil mereka bertanding di lapan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketuanya Badrol Hisham Hashim berkata Pemuda Umno Kedah telah mencadangkan nama lapan calon kepada Umno pusat dan terpulang kepada pucuk pimpinan yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskannya.

"Kita cadangkan nama calon yang mempunyai kredibiliti dan komitmen tinggi serta sering turun padang bertemu rakyat dan calon ini juga mempunyai ciri-ciri calon boleh menang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Pemuda Umno negeri di sini, Rabu.

Katanya pada PRU ke-12, calon Pemuda bertanding di enam kerusi dan hanya menang empat kerusi iaitu kerusi Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayu, Belantik dan Ayer Hangat.

Beliau berkata permintaan untuk menambah dua lagi kerusi untuk calon Pemuda adalah berdasarkan hasil kajian 'Ops Tepat' baru-baru ini menunjukkan 'mood' pengundi muda kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional(BN).

"Saya yakin jika Pemuda diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat kawasan masing-masing, mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan