Parti Komponen BN Disaran Letak Lebih Ramai Calon Muda Pada PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencadangkan presiden parti-parti komponen BN memberi ruang kepada calon pergerakan Pemuda masing-masing untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Langkah itu dapat memantapkan serta memberi kesegaran kepada imej parti kerana orang muda mungkin mempunyai kelebihan tersendiri, katanya.

"Saya hanya dapat suarakan bagi pihak Umno dan sampaikan senarai kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), tapi rakan komponen lain saya harap presiden mereka akan senaraikan kepada pengerusi BN iaitu Perdana Menteri," kata Ketua Pemuda Umno itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Anggota Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Turut hadir Pengerusi Pemuda MIC, T.Mohan dan timbalannya V.Mugil.

Mengenai pertemuan itu, Khairy berkata, ia antara lain bertujuan membincangkan mengenai persiapan PRU-13 terutamanya dalam mendapatkan sokongan masyarakat India khususnya pengundi atas pagar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu "Janji Ditepati" tidak perlu dipolitikkan sehingga wujud tema berbeza oleh pembangkang.

"Saya sarankan kepada pembangkang kalau mereka 'excited' nak adakan tema sendiri tunggulah kalau menang pilihan raya dan jadi kerajaan," katanya mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan