Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di sini, Khamis.

Hadir pada mesyuarat tersebut termasuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada Selasa lalu, Chin berkata mesyuarat hari ini dijangka memutuskan sama ada tender Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan dibuka kepada syarikat antarabangsa atau tempatan.

Katanya kerajaan pusat akan melaksanakan projek Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan dan semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan menyertai tender tersebut apabila diiklankan nanti.

Jawatankuasa Kabinet ini bertanggungjawab meneliti isu-isu berkaitan industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta menetapkan keutamaan untuk diselesaikan.

Jawatankuasa ini akan menilai cadangan dan perakuan yang dikemukakan sekretariat atau ahli-ahli mesyuarat dan membuat keputusan untuk menyelesaikan isu-isu air di Selangor dan kemudian akan melaporkan keputusan-keputusan kepada Jemaah Menteri.

Pada 23 Julai lalu, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu telah menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Katanya Peguam Negara sudah diarah untuk mengkaji undang-undang bagi membolehkan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Langat 2 yang mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari, walaupun belum ada persetujuan kerajaan Selangor dan tender akan dibuka.

Langat 2 dijangka dapat memastikan lapan juga penduduk di kawasan-kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa perlu membina loji-loji rawatan air tambahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan