Malaysia-China Tandatangani Kerjasama Atasi Jenayah Serantau

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perjanjian transnasional mengenai jenayah yang ditandatangani dengan beberapa buah negara lain akan memberi Malaysia kelebihan tentang bagaimana mengatasi jenayah dengan lebih berkesan.

Katanya, menerusi kerjasama strategik itu, Malaysia akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aliran jenayah dalam konteks serantau.

"Gerakan ini akan dapat kita lihat menerusi pecahan sumber jenayah itu bermula, tempat transit dan juga negara destinasi mereka. Dalam kes aliran pengerakan penyeludupan dadah misalnya, kini kita tahu ia pergi ke Iran terlebih dahulu, kemudian Malaysia dan selepas itu Indonesia.

"Manakala dalam kes pemerdagangan manusia pula, ia melibatkan Bangladesh, Malaysia dan destinasi akhirnya ialah Australia. Jadi menerusi kerjasama ini akhirnya kita tahu sumber jenayah ini dari mana, transitnya di mana dan destinasi akhirnya di mana. Semua ini mempunyai impak secara langsung kepada peningkatan jenayah di negara kita," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama pencegahan jenayah dengan Republik Rakyat China di sini pada Khamis.

Perjanjian ini adalah yang terbaru dalam siri perjanjian yang serupa yang telah ditandatangani dengan Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Iran sebelum ini.

Hishammuddin berkata, perjanjian kerjasama antarabangsa seperti ini akan membolehkan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia bertukar maklumat dan risikan dengan rakan dari negara-negara lain dalam menangani jenayah dan sindiket haram.

Menurut beliau, berdasarkan perjanjian yang ditandatanganinya bersama dengan Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, Meng Jianzhu, China dan Malaysia akan membentuk sebuah jawatankuasa kerja yanag terdiri daripada para pegawai kanan kedua-dua buah negara untuk perbincangan mereka yang pertama Oktober depan di Kuala Lumpur.

Antara rangka kerjasama yang akan dibincangkan termasuklah penyeludupan dadah dan manusia, gerakan pengganas, pengubahan wang haram, penipuan perbankan, pelacuran transnasional dan jenayah siber.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perjanjian ini juga memudahkan pihaknya berkongsi maklumat dan risikan dengan rakan sejawatan mereka dari China secara langsung dan formal.

"Mereka boleh datang bila-bila masa ke Malaysia dan begitu juga kita untuk berbincang tentang isu jenayah serantau," ujar Khalid.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan