Kualiti Udara Semakin Baik Di Seluruh Negara - JAS

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan semakin baik apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar setakat 11 pagi ini menunjukkan tiada kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) www.doe.gov.my menyatakan, tiada kawasan yang mencatat bacaan kualiti udara tidak sihat dan berbahaya dengan 83 peratus kawasan di seluruh negara berada pada tahap bacaan IPU sederhana dan 16 peratus di tahap baik.

Kawasan sekitar Lembah Klang seperti Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Selangor, yang merekod IPU tidak sihat pada 11 pagi semalam, masing-masing mencatat bacaan IPU sederhana dengan bacaan antara 58 hingga 76.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Sementara itu, Pegawai Kawalan Alam Sekitar JAS Mohd Amir Ismail berkata hujan di Lembah Klang pagi ini membantu menurunkan bacaan IPU di kawasan berkenaan.

"Hujan juga membantu mengurangkan kadar jerebu di kawasan Lembah Klang," katanya kepada Bernama, Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan