Kualiti Udara Di Lembah Klang Bertambah Baik

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan di Lembah Klang awal pagi Khamis menyebabkan status kualiti udara bertambah baik.

Sehingga pukul 7 pagi Khamis, tiada kawasan direkod memiliki bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, sembilan kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Antaranya, Larkin Lama di Johor (48), Langkawi (33), Kangar (38), Sandakan di Sabah (46), Tawau (43), Limbang di Sarawak (45), Miri (50), Sri Aman (37) dan Paka di Terengganu (49).

Sementara itu, kira-kira 82 peratus atau 43 kawasan lain berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.

Dua kawasan di utara tanah air iaitu, Kg. Air Putih, Taiping (Perak) dan Seri Manjung (Perak) masing-masing mencatatkan bacaan IPU 88 dan 85.

Di Selangor, walaupun kualiti udara semakin pulih, Pelabuhan Klang masih mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 80.

Namun, bacaan IPU itu adalah lebih baik berbanding 94 yang direkodkan pukul 5 petang Rabu.

Bacaaan seterusnya akan direkodkan pada pukul 11 pagi.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan