Perletakan Jawatan Latheefa Perlu Dibuat Biro Politik PKR

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu berkata keputusan perletakan jawatan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Latheefa Koya itu perlu dibuat oleh Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak terlibat dalam sebarang keputusan membabitkan hal tersebut.

"Perbincangan dalam biro politik akan berakhir dalam biro politik parti.

"Kerajaan negeri tidak terlibat dalam membuat keputusan dan kami tidak membuat sebarang keputusan mengenai hal itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan negeri sudah mempunyai keputusan muktamad mengenai perletakan jawatan Latheefa.

Pada 26 Julai lalu, Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) menyerahkan isu perletakan jawatan Latheefa kepada kerajaan negeri Selangor untuk sebarang tindakan lanjut.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana surat perletakan jawatan itu telah diserahkan kepada kerajaan negeri dan MBPJ.

Maka menurut Zuraida, MPN tidak boleh bertindak namun hanya menyatakan pendirian agar Latheefa mempertimbangkan semula perletakan jawatan sebagai ahli majlis.

Pada 16 Julai lalu Latheefa meletakkan jawatan sebagai ahli MBPJ.

Menerusi surat yang dihantar kepada Abdul Khalid, Latheefa berkata kedudukanya sebagai ahli majlis menjadi isu kepada umum dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan