Chor Cabar Guan Eng Perjelas Polisi Bersama Pakatan Mengenai Hudud

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung pada Rabu mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum Hudud.

Chor berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha PAS melaksanakan hukum Hudud.

Dalam kenyataan di sini, Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Lim juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan PAS sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

"Di bawah tekanan, Guan Eng telah menggunakan polisi bersamanya untuk menjelaskan hubungan antara DAP dan PAS, cuba memusing fakta bahawa DAP telah membenarkan PAS melaksanakan hukum Hudud. Malangnya polisi yang digunakan DAP menunjukkan ia tidak konsisten dengan butiran dan penjelasan yang diberikan," katanya.

Anggota Parlimen Alor Setar itu menambah, jika polisi bersama yang diperkatakan Lim mengenai Buku Jingga, jadi mengapa Kelantan yang diperintah PAS mengenakan larangan tertentu di negeri itu seperti aktiviti judi berlesen dan arak walaupun polisi berkenaan tidak disenaraikan dalam buku itu.

"Ia adalah jelas bahawa pakatan tidak berkongsi polisi yang sama dan mereka hanya bersama kerana memerlukan antara satu sama lain dalam bidang politik dan pada masa depan, mereka akan berpecah juga kerana kepentingan politik, meninggalkan rakyat menjadi mangsa kepada cara melulu mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan