AP Kekal Hingga 2015 - Rafizi

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang mengakui akan terus mengeluarkan Permit Import (AP) ekoran daripada cadangan mereka sebelum ini untuk memansuhkan duti eksais bagi menurunkan harga kereta di negara ini.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, pihaknya akan memperkenalkan sistem bidaan umum terhadap penjualan AP mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api.

Menurut beliau, sistem berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebelum AP dimansuhkan sepenuhnya pada 2015.

"Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan.

"Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Jelas Mohd Rafizi, harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan lebih bahan api.

"PKR percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada bidaan," katanya.

Bagaimanapun jelas Mohd Rafizi, cadangan menghapuskan AP hanya boleh dilaksanakan menjelang 2015 agar tidak bertentangan dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan