AirAsia Japan Mula Penerbangan Sulung Ke Sappora Dan Fukuoka

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Japan, penerbangan kos rendah (LCC) terbaru berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, memulakan perkhidmatan laluan domestiknya pada Rabu, dengan penerbangan harian ke Fukuoka dan Sapporo.

Satu lagi destinasi domestik AirAsia Japan adalah Okinawa dengan penerbangan bermula 3 Ogos dari Narita.

"Hanya satu tahun lepas kami menubuhkan penubuhan AirAsia Japan dan kini kami telah mempunyai dua pesawat, 243 pekerja di Jepun dan tiga laluan domestik pada hari kami memulakan operasi," kata Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, dalam satu kenyataan pada Rabu.

Penerbangan sulung ke Fukuoka itu berlepas dengan muatan 80 peratus sementara penerbangan ke Sapporo membawa 157 penumpang.

Kazuyuki Iwakata, CEO AirAsia Japan berkata:"AirAsia dan All Nippon Airways (ANA) memeterai usahasama hanya satu tahun lepas dan sambutan adalah menggalakkan.

"Saya gembira melihat penerbangan pertama kami berlepas hari ini ke Fukuoka dan Sapporo."

Objektif AirAsia Japan adalah untuk membangunkan pasaran LCC di Jepun, menjana permintaan baharu, dengan sasaran menawarkan perjalanan berkualiti dengan harga yang memuaskan untuk semua. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan