Warga Kerja Kerajaan Negeri Kedah Dapat Bonus Raya

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lebih 6,000 warga kerja kerajaan negeri Kedah akan turut menikmati bayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil kerajaan pusat dalam pemberian bonus berkenaan.

"Kita dah setuju nak bagi (bonus) dan serah kepada Pegawai Kewangan negeri untuk urus," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan duit raya RM100 kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat, di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh bayaran bonus berkenaan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan