Suaram Tidak Ditubuh Di Bawah Akta Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang dikaitkan dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd, tidak ditubuhkan sama ada di bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish berkata, berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

"Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan menghendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.

"Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut," katanya.

Mohd Naim berkata, pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan