Setengah Juta MyKad Tidak Dituntut

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 501,941 MyKad belum dituntut di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.

Kesemua MyKad itu merupakan kad pengenalan yang belum dituntut untuk kategori kurang daripada tempoh 18 bulan kad dikeluarkan, katanya kepada Bernama.

Daripada jumlah 501,941 itu, Selangor mencatat jumlah kad pengenalan paling banyak tidak dituntut iaitu 81,010 kad, diikuti Johor (60,678), Sabah (51,462), Sarawak (50,334), Perak (44,855), Kuala Lumpur (36,602), Kedah (31,102), Kelantan (29,654), Pulau Pinang (26,337), Pahang (23,838), Terengganu (19,639), Negeri Sembilan (18,410), Melaka (15,018), Putrajaya (7,091), Perlis (3,751) dan Labuan (2,160), katanya.

Jariah berkata, berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2010) Mengenai Pelupusan Kad Pengenalan Yang Tak Dituntut, kad pengenalan siap akan dipegang simpan selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

"Semua kad akan disimpan oleh mana-mana Pejabat Pendaftaran selama 18 bulan sebelum ia dilupuskan," katanya.

Sementara itu Jariah berkata sehingga 2 Julai lepas sebanyak 1,287 MyKad belum dituntut untuk kategori kad pengenalan tidak dituntut melebihi tempoh 18 bulan dari tarikh kad dikeluarkan.

Katanya, Sarawak mencatat angka tertinggi untuk kategori itu dengan 262, diikuti Pulau Pinang (153), Kelantan (146), Johor (131), Kedah (98), Selangor (97), Kuala Lumpur (86), Sabah (71), Pahang (41), Perak (40), Perlis (22), Negeri Sembilan (20), Labuan dan Putrajaya (sembilan) manakala masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.

Menurut Jariah, terdapat pelbagai sebab kad pengenalan lewat atau tidak dituntut antaranya kesibukan pemohon untuk datang ke JPN mengambil MyKad mereka, berpindah ke lokasi lain serta dokumen sedia ada masih elok dan boleh digunakan.

Katanya, untuk kes pemohon berpindah ke tempat lain, mereka dinasihat supaya memaklumkan kepada JPN supaya pihak jabatan dapat menghantar MyKad mereka ke JPN berdekatan.

Jariah berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh JPN untuk mengatasi masalah kad pengenalan tidak dituntut termasuk menghantar makluman kutipan kad pengenalan siap atau 'Calling Card' kepada pemohon berdasarkan alamat pada kad dokumen pengenalan diri itu.

"Hebahan menerusi media massa juga dibuat secara berterusan di samping paparan senarai MyKad yang tidak dituntut dalam portal JPN," katanya.

Selain itu, mulai tahun 2010 JPN telah berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk menghantar MyKad yang tidak dituntut ke rumah pemohon. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan