Risda Mahu Ikut Jejak Felda Disenarai Di Bursa Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu.

"Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini.

Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta.

Rahim berkata, bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda.

Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan