Perkhidmatan Feri Antara Malaysia Dan Singapura Menjelang Akhir 2013

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Perkhidmatan feri baru antara Malaysia dan Singapura akan diperkenalkan menjelang akhir 2012 bagi menghubungkan Tanjung Belungkur dan Changi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha pada Selasa.

Perkhidmatan ‘Roll-On Roll-Off' (Roro) untuk kenderaan dan penumpang memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara, kata beliau sambil menambah bahawa jarak antara kedua-dua terminal feri agak dekat.

Beliau berkata, ia akan menjadi perkhidmatan Roro moden pertama antara kedua-dua negara.

“Perkhidmatan Roro itu menyamai dengan perkhidmatan di Pulau Pinang. Johor sedang membangun, dengan banyak projek mega, terutama di selatan Johor seperti di Pengerang atau di Mersing,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan