Pemuda PAS Beri Tempoh Seminggu Awang Adek Jawab Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menerima rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Dr Awang tidak memberikan sebarang respon dalam menjawab tuduhan berkenaan, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu berkenaan.

"Kita akan beri Dr Awang seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.

"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa.

Pada 12 Julai, Pemuda PAS Pemuda PAS mendakwa Dr Awang pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).

Pemuda PAS mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun.

Mereka dilaporkan menggesa Dr Awang menjelaskan daripada mana sumber cek tersebut yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu dan dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010.

Pemuda PAS juga meminta bekas Ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Dr Awang.

"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.

"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan