Chua: DAP Kelirukan Kaum Cina, Hanya Ada Surivival Sendiri Dalam Minda

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: DAP mengelirukan kaum Cina ke dalam pemikiran bahawa pengaruh masyarakat dapat dipertingkatkan dengan menyokong parti pembangkang, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, DAP yang berasaskan kaum Cina tiak akan mampu untuk menyampaikan pengaruh berkenaan walaupun mereka menang kesemua 45 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum yang lepas.

Malah katanya, sebarang sokongan yang diberikan kepada DAP hanya akan membuka jalan untuk Pakatan Rakyat yang didominasi oleh PAS untuk menggesa pelaksanaan hudud sekiranya ia menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Merujuk kepada pilihan raya yang lepas, Dr Chua berkata, DAP yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, telah memberikan jawatan Menteri Besar kepada PAS walaupun PAS dan PKR hanya mempunyai gabungan 13 kerusi.

“DAP hanya mempunyai survival politiknya sendiri dalam minda dan, malangnya, ia melakukannya atas kapasiti kaum Cina di negara ini,” katanya.

Dr Chua berkata, DAP sebenarnya “hipokrit” selama ini.

Pemimpin DAP didakwa pernah mengutuk Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tahun 1982 dan 1999 tetapi Anwar kini merupakan calon mereka sebagai Perdana Menteri.

“Kepada DAP, anda adalah heronya sekiranya anda adalah rakannya tetapi anda adalah paria sekiranya anda tidak memberikan makna kepadanya,” katanya pada majlis makan malam untuk siri jelajah MCA Ipoh Timur di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Pengerusi MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong.

Dr Chua berkata, dalam pilihan raya akan datang, MCA akan bertanding dalam 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN seperti sebelum ini.

Beliau berkata, partinya telah berusaha keras untuk menawan semula kerusi yang hilang, dan mempertahankan 15 kerusi parlimen dan 31 kerusi DUN yang dimenanginya sebelum ini.

Beliau menambah, sebagai parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN), MCA akan berusaha sehabis baik untuk membantu parti komponen lain memang.

Dr Chua berharap agar rakyat akan mengiktiraf perkhidmatan yang diberikan kepada mereka dan memberi peluang kepada Barisan untuk terus berkhidmat.

Beliau berkata, laungan perjuangan pembangkang untuk perubahan itu hanya satu slogan kosong bagi membangkitkan emosi rakyat.

“Saya banyak kali meminta DAP supaya menunjukkan model sosio-ekonomi Pakatan Rakyat untuk negara tetapi mengelak daripada topik berkenaan,” katanya.

Dr Chua berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan dasar dan program sosio-ekonomi bagi membangunkan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau berkata, program tersebut membuatkan hasil apabila mendapat pengiktirafan daripada pelabur asing, sambil menambah bahawa ramai warga asing telah menubuhkan syarikat-syarikat di Malaysia kerana persekitaran mesra perniagaan di bawah pimpinan Najib.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan