15,000 Anggota Tentera Jaga Sempadan Negara Pada Aidilfitri Ini

Diterbitkan: Selasa, 31 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 15,000 pegawai dan anggota tentera akan menyertai operasi khusus mengawal sempadan negara pada sambutan Aidilfitri kali ini.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, mereka akan bertugas mengawasi sempadan negara termasuk pintu masuk ke negara ini meliputi darat, udara dan laut.

Beliau berkata, jumlah itu turut merangkumi pegawai dan anggota yang dihantar bertugas di luar negara bagi melaksanakan misi serta operasi ditetapkan ATM.

"Soal keselamatan negara tidak harus dikompromi, ancaman kepada kestabilan boleh berlaku tanpa mengira masa.

"Pada musim perayaan inilah kita perlu sentiasa lebih bersedia dan berwaspada bagi menghadapi ancaman. Sebab itu, kita tetapkan operasi khusus untuk dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas kerjasama ATM dan Polis Diraja Malaysia dalam mengawasi sempadan negara, Zulkifeli berkata, kerjasama erat sentiasa diamalkan walaupun kedua-dua pihak telah ditetapkan kawasan masing-masing untuk dijaga.

"Kami saling bekerjasama, polis ada kawasan yang dikawal, begitu juga kita.

"Namun dalam soal keselamatan, kita lakukan pengawasan bersama seperti bertukar maklumat khasnya dalam hal yang melibatkan keselamatan sempadan dan aktiviti penyeludupan," katanya.

Sempena Aidilfitri kali ini, beliau berkata, ATM akan meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan berupa hamper dan kuih raya kepada pegawai dan anggotanya yang bertugas di sempadan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan