Wang Kertas Siri Baru Boleh Digunakan Di Mesin Tiket LRT, Monorel - Berita Semasa | mStar

Wang Kertas Siri Baru Boleh Digunakan Di Mesin Tiket LRT, Monorel

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wang kertas siri baru yang dikeluarkan Bank Negara sejak 16 Julai lepas boleh digunakan di mesin-mesin pembelian tiket transit aliran ringan (LRT) dan monorel bagi urusan pembelian token dan penambahan nilai Kad MyRapid.

Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Masnizam Hisham berkata mesin-mesin pembelian tiket itu menerima wang kertas RM50, RM20, RM5 dan RM1 lama dan baharu sejak wang kertas baharu dikeluarkan secara rasmi.

"Begitu juga dengan syiling-syiling baharu. Ia diterima oleh mesin-mesin pembelian tiket kami," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Masnizam berkata Prasarana dibekalkan oleh Bank Negara dengan wang-wang kertas baharu sebelum pengedaran bagi menjalankan ujian terhadap sistem dan persiapan bagi menghadapi urusan berkenaan.

Prasarana, syarikat induk kepada RapidKL, mempunyai 286 mesin pembelian tiket yang ditempatkan di stesen-stesen LRT dan monorel. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan