UPM Dapat Akreditasi Badan Antarabangsa AACSB

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menempa kejayaan cemerlang apabila menjadi universiti pertama di negara ini menerima akreditasi daripada badan antarabangsa, Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) baru-baru ini.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata pengiktirafan itu diperoleh untuk Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Putra Business School sekaligus menjadikan UPM universiti keenam di Asia Tenggara yang menerima akreditasi tersebut.

"Akreditasi AACSB adalah ciri kecemerlangan dalam pendidikan perniagaan yang hanya diperoleh oleh kurang lima peratus daripada program perniagaan di dunia," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

AACSB yang ditubuhkan pada 1916 adalah badan akreditasi antarabangsa yang tertua untuk sekolah perniagaan di universti yang menawarkan program sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang perniagaan dan perakaunan.

Kejayaan UPM itu diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB Jhon J. Fernandes di Tampa, Florida Amerika Syarikat melalui laman web www.aacsb.edu pada 26 Julai lepas.

Antara universiti antarabangsa yang telah mendapat pengiktirafan sama ialah Texas Universiti di Amerika Syarikat; Universiti Nasional Chonnam dan Universiti Dongguk di Korea Selatan; Universiti Istanbul di Turki dan Universiti Peking di China.

Dr Radin Umar berkata proses akreditasi melibatkan kajian dalaman yang ketat, penilaian, pelarasan dan mengambil tempoh beberapa tahun untuk memenuhi 21 kriteria standard ditetapkan.

Antara kriteria itu katanya, aktiviti pengajaran berkualiti, penetapan standard yang mencabar tetapi realistik, membimbing peningkatan dalam program pendidikan dan memberi cabaran kepada pendidikan untuk melakukan penambahbaikan berterusan.

Selain itu, turut diambil kira ialah kualiti akademik hasil daripada ahli fakulti yang berkomunikasi dengan para pelajar dalam satu program saintifik yang disokong institusi serta kualiti pendidikan sedia ada dalam institusi.

Dr Radin Umar berkata semua sekolah perniagaan yang menerima pengiktirafan itu mesti melalui proses 'Peer Review' setiap lima tahun untuk memastikan akreditasi mereka dikekalkan.

"Akreditasi itu memberikan lebih keyakinan kepada UPM untuk terus mencipta kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa serta komitmen berterusan untuk memberikan pendidikan lestari berkualiti kepada pelajar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan