Panel Penasihat Dapatkan Pandangan Pakar Asing Kawal Demonstrasi

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mesyuarat meja bulat bersama pakar keselamatan asing dari empat negara akan diadakan bagi mendapat pandangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi polis mengendalikan perhimpunan jalanan dan demonstrasi, kata Pengerusi Panel Penasihat Bebas, Tun Hanif Omar pada Isnin.

Katanya, panel terbabit telah menemui wakil suruhajaya dan kedutaan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Pakistan untuk berbincang kemungkinan membawa pakar keselamatan mereka untuk berkongsi pengalaman dan pandangan memandangkan mereka sering terlibat dengan protes dan demonstrasi sejak akhir-akhir ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata perbincangan meja bulat pakar keselamatan asing bersama wakil tempatan itu akan diadakan dalam tempoh sebulan.

"Kami mahu mendapatkan bantuan daripada pakar asing tentang bagaimana mereka mengawal perhimpunan dan protes di negara mereka.

"Mereka boleh berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai undang-undang, falsafah, metodologi, formasi dan kelengkapan serta kekuatan anggota yang digunakan bagi mengawal orang ramai, menguruskan demontrasi aman serta perlindungan kepada media dan SOP yang diamalkan dengan pakar tempatan demi manfaat masyarakat kita," katanya.

Hanif berkata mereka akan membuat cadangan mengenai SOP yang lebih sesuai untuk polis di negara ini dan ia sebahagian daripada terma dan keutamaan panel itu.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Bebas yang sedang menyiasat dakwaan dan kebimbangan yang dibangkitkan ekoran daripada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lepas.

Anggota panel hari ini ialah Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Hussamuddin Yaacob, Prof Dr Rozmi Ismail dan Liew Peng Chuen.

Hari ini, panel tersebut menghabiskan selama lima jam mendengar keterangan 10 saksi termasuk Pengarah Kumpulan Keretapi Syarikat Prasarana Negara Berhad, Khairani Mohamed dan Pengarah Kumpulan bagi Divisyen Bas, Zohari Sulaiman, juru kamera TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh dan juru gambar akhbar Makkal Osai P.Malayanadi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan