Malu Dengan Status Perkahwinan Punca Kelahiran Anak Tidak Didaftar - JPN

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said (duduk,empat,kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian penjaga dan kanak-kanak selepas menyampaikan sijil kelahiran di Yayasan Chow Kit K.Lumpur. fotoBERNAMA
Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said (duduk,empat,kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian penjaga dan kanak-kanak selepas menyampaikan sijil kelahiran di Yayasan Chow Kit K.Lumpur. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malu dan tidak faham undang-undang antara punca ibu bapa lewat atau tidak mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka sehingga berlaku kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata terdapat ibu bapa yang berkahwin dengan warga asing atau mempunyai anak tidak sah taraf tidak tahu bahawa setiap kelahiran wajib didaftarkan.

"Kadang-kadang ada kes ibu tak tahu mana bapa dia, ada juga kes yang melibatkan pasangan belum berkahwin. Jadi mereka nak datang ke JPN malu sebab takut nanti orang tanya itu dan ini kerana ia soal maruah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program 'Street Children' di Chow Kit Bersama Ketua Pengarah Pendaftaran Negara di sini Isnin.

Jariah berkata mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959, setiap kelahiran di negara ini sama ada warganegara atau bukan warganegara mesti didaftarkan dan JPN akan mengeluarkan sijil lahir kepada kanak-kanak berkenaan.

Jariah berkata untuk kes membabitkan ibu warganegara Malaysia dan bapa pula tidak dapat dikesan, taraf warganegara kanak-kanak itu secara automatik mengikut warganegara ibu.

"Jadi tarafnya kita lihat pada ibunya. Jika ibunya warganegara, anak jadi warganegara tapi hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti sijil lahir ibu, kad pengenalan, saksi untuk menentukan ibu itu lahir di Malaysia," katanya.

Jariah berkata pemberian dokumen pengenalan diri bagi kes sedemikian melibatkan pelbagai prosedur termasuk mengadakan temuduga untuk mengelak penyelewengan.

Mengenai kes di Chow Kit, beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 1,000 kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di sekitar kawasan itu dan 600 daripadanya berdaftar dengan Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Yayasan Chow Kit.

Pada majlis hari ini Jariah menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 15 kanak-kanak dengan sembilan daripadanya Sijil Lahir Bukan Warganegara, Sijil Lahir Warganegara (tiga), dan masing-masing satu untuk Sijil Lahir Belum Ditentukan Warganegara, Sijil Anak Angkat dan Sijil Warganegara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan