Lajim Diminta Beri Sebab Mengapa Tidak Boleh Dipecat Daripada Umno

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno telah menghantar surat kepada Datuk Seri Lajim Ukin meminta beliau menyatakan sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada Umno.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat tersebut perlu dijawab oleh Lajim dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan parti.

"Perlembagaan Umno Fasal 20.8 menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti," katanya menerusi satu kenyataan yang dihantar di sini, Isnin.

Katanya, Umno memandang serius apa yang dilakukan Lajim khususnya tindakan mengisytihar gerakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) selain hubungan akrab dengan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno.

Beliau menjelaskan apa yang berlaku adalah isu dalaman bersifat peribadi membabitkan Lajim dan individu-individu tertentu dalam kancah politik negeri.

"Ia tak wajar dikaitkan dengan parti yang telah berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya," katanya.

Pada sabtu, Lajim mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam anggota majlis tertinggi Umno dan sebagai ketua bahagian Beaufort parti itu Sabtu lalu.

Bagaimanapun, kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan