Kerajaan Pusat Lulus Peruntukan Untuk Empat SRJKT di Kedah

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG SERAI: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kepada empat lagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di Kedah bagi membina bangunan tambahan dan peralatan serta kerja pengubahsuaian berjumlah RM7.421 juta.

Pengerusi MIC Negeri Kedah S. Ananthan berkata sekolah tersebut adalah SRJKT Ladang Victoria, Padang Serai yang mendapat sebuah bangunan tambahan tiga tingkat bernilai RM4 juta dan SRJKT Ladang Bukit Mertajam, Karangan yang mendapat bangunan tambahan dan peralatan bernilai RM2.521 juta.

"SRJKT Ladang Sungai Dingin, Mahang, pula mendapat bangunan gantian bernilai RM500,000 dan SRJKT Sungai Batu, Merbok pula untuk kerja-kerja penyelenggaraan bumbung, membaiki tandas dan pendawaian elektrik sebanyak RM400,00," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan MIC Pusat kepada empat tadika swasta dalam kawasan Lunas di sini, Isnin.

Setiap tadika menerima antara RM1,800 hingga RM2,400, sumbangan Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel untuk meningkatkan tahap kemudahan di tadika-tadika berkenaan. Ananthan berkata kerja-kerja merobohkan bangunan lama di SRJKT Ladang Victoria sedang dijalankan untuk memberi laluan kepada bangunan tambahan yang baharu.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesalnya dengan perkembangan kerja-kerja pembinaan SRJKT Paya Besar, Lunas, yang dikatakan menghadapi masalah dengan pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berhubung kedudukan jalan masuk di situ.

"Kita harap pihak berkenaan tidak akan menimbulkan masalah melambat-lambatkan kerja-kerja pembinaan kompleks sekolah tersebut kerana perkara ini sudah lama dinantikan masyarakat India sekitar sejak beberapa tahun," katanya.

Beliau juga berharap tiada sebarang campur tangan politik tempatan yang menyebabkan kerja-kerja projek pembinaan sekolah tersebut tertangguh. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan