Indonesia Mungkin Batal Pembelian Batavia Air Oleh AirAsia

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mungkin akan membatalkan pembelian syarikat penerbangan tempatan Batavia Air oleh AirAsia Berhad dan rakan kongsi Indonesianya, jika urusniaga itu melebihi had pemilikan yang dikenakan ke atas syarikat asing dalam syarikat penerbangan kebangsaan.

Akhbar mingguan berbahasa Inggeris Sunday Post memetik ketua pengarah Kementerian Pengangkutan Indonesia, Herry Bhakti Gumay sebagai berkata AirAsia Berhad dan rakan kongsinya dalam urusniaga itu, PT Fersindo Nusaperkasa, masih belum melaporkan urusniaga mereka kepada kementerian itu.

"Kami akan memberi Batavia, AirAsia Berhad dan Fersindo Nusaperkasa satu bulan untuk melaporkan rancangan mereka kepada kami. Kami akan membatalkan proses pembelian itu jika Indonesia bukan pemegang saham majoriti," kata Herry.

Herry juga berkata kementerian itu tidak akan teragak-agak untuk menarik balik permit penerbangan Batavia.

AirAsia dan rakan kongsi Indonesianya Fersindo, pemilik 51 peratus kepentingan dalam Indonesia AirAsia (IAA), menandatangani perjanjian pada Khamis untuk membeli Metro Batavia, pemilik Batavia Air, dengan harga US$80 juta (Rp 756 bilion).

Menurut pelan pembelian itu, AirAsia akan memiliki 49 peratus kepentingan dalam Metro, manakala Fersindo akan memegang baki 51 peratus untuk mematuhi syarat pemilikan Indonesia.

Sebanyak 76 peratus daripada saham itu dijadualkan dibeli tahun ini dan bakinya menjelang 2013, kata mingguan itu.

Sebelum itu, ketua pegawai eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandez, telah berkata dalam satu kenyataan bahawa pembelian Batavia Air adalah peluang hebat bagi AirAsia untuk mempercepatkan rancangan pertumbuhannya; dan ini lebih menggariskan kepercayaannya dalam potensi pertumbuhan sektor penerbangan Indonesia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan