Daftar Pemilih: Jangan Buat Tuduhan Bersandarkan Penemuan Sendiri - SPR

Diterbitkan: Isnin, 30 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak membuat tuduhan dan pelbagai andaian dengan hanya bersandarkan kepada penemuan sendiri.

Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa seorang individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti.

Kenyataan itu disiarkan akhbar Harakah dalam isu bertarikh 30 Julai hingga 2 Ogos 2012 di muka N22 dengan tajuk 'Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih.'0

Kenyataan itu menjelaskan, siasatan SPR mendapati individu yang dimaksudkan adalah dua orang yang berbeza dan masing-masing memegang nombor MyKad 49032-08-5370 dan 470321-08-5540.

Menurut kenyataan itu, pegawai SPR telah ke rumah individu berkenaan dan mendapati pemilik kedua-dua MyKad adalah adik-beradik yang berkongsi nama sama tetapi memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama serta MyKad 12 angka berbeza.

Semakan dengan JPN pula mendapati pemegang kedua-dua nombor kad pengenalan adalah orang yang berbeza kerana memiliki rekod cap jari berbeza, oleh itu, mereka merupakan warganegara dan pengundi yang sah di sisi undang-undang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan