TPM Ajak Pemimpin Umno & BN Pererat Hubungan Dan Persefahaman

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara parti selari dengan tuntutan agama yang dianuti semua kaum di negara ini.

Beliau berkata anggota parti seharusnya bijak menyelesaikan masalah dalaman menerusi proses perbincangan bagi memperkukuhkan BN di negeri ini. "Dengan cara itu anggota parti harus memahami isu dan masalah secara yang lebih baik...kita tidak mahu timbul perasaan buruk sangka sebagainya," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata BN merupakan parti yang menepati janji berdasarkan pencapaian kemajuan dan kemakmuran negara termasuk di Sabah di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program transformasi yang berjaya memberi impak luar biasa, jadi wajar kita tepati janji untuk beri kehidupan lebih baik, sempurna, pendapatan tinggi serta keadaan selesa (kepada rakyat)," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu perkauman sehingga menggugat keselamatan negara.

Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Musa dan barisan pemimpin kerajaan Sabah yang berjaya membangunkan negeri ini sehingga menjadi antara negeri termaju di negara ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Dewan Serbaguna dan Anjung Ilmu masjid itu, menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal dan saudara baru, menyerahkan kunci rumah kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PBR) dan menyaksikan penyampaian sumbangan oleh beberapa tokoh korporat yang keseluruhannya bernilai RM70,000 kepada Masjid Jamek.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk membaik pulih Sekolah Agama Masjid Jamek dan juga peruntukan bagi masjid itu tanpa menyatakan jumlahnya.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang mewakili Perdana Menteri menyampaikan air zam-zam dan buah kurma kepada anggota jawatankuasa masjid berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan