PM Putuskan Kedudukan Lajim Ukim Isnin Ini

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. "Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian. "Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya. Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan