PM Antara 25 Pemimpin Dunia Paling Aktif Di Twitter

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.

Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.

Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.

Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.

Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'. Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.

Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov. Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter.

"Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau.

Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengan kuiz dan sweepstakes. "Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk jawapan," menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com. Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yang ke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain. Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naik gambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube. Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi seperti menjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau, baik secara langsung atau sesi soal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1Malaysia Roundtables.

Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yang bermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dan kemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.

Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah. Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatan dan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.

Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan idea mereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan