Pembangkang Amal Politik Populis - Dr Chua

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pakatan pembangkang hanya mengamalkan 'politik populis' tanpa menunaikan janji, sebaliknya pimpinan Barisan Nasional (BN) membuktikan perancangan yang dilakukan berhasil melalui program transformasi.

Beliau berkata janji populis pembangkang seperti memansuhkan bayaran tol dan pinjaman PTPTN, bukan untuk memajukan negara ke arah berpendapatan tinggi malah lebih menjurus kepada negara yang bankrap.

"Perdana Menteri telah melakukan transformasi sosial dan politik untuk memastikan masyarakat yang lebih demokratik, dan saya yakin ini permintaan dan hasrat rakyat jelata, berbanding dengan pakatan rakyat yang hanya menabur janji merata tempat, tapi tidak menunaikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Perak pada Ahad.

Sehubungan itu, pengundi terutama kaum Cina perlu menilai dan membuat perbandingan terhadap janji yang dikotakan kerajaan BN dengan janji pakatan pembangkang.

Beliau berkata semasa krisis mata wang ringgit pada 1997, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir berjaya mengorbankan negara kepada IMF.

"Jadi, saya harap peristiwa yang pahit itu tak berulang disebabkan sokongan rakyat yang terpengaruh dengan tipu helah parti pembangkang," katanya.

Dalam pada itu, konvensyen MCA menggariskan 10 resolusi antaranya penyalahgunaan rasuah dan amalan penindasan kuasa serta menggesa masyarakat menyokong transformasi Perdana Menteri iaitu "Janji Ditepati". BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan