Lebih Banyak Kediaman Kini Pasang CCTV

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prihatin terhadap jenayah pecah rumah telah membawa peningkatan jumlah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) oleh mereka yang berpendatan sederhana yang membolehkan mereka melihat apa yang sedang berlaku di rumah walaupun berada di luar.

Pengedar peralatan keselamatan ini berkata, kebanyakan pelanggan adalah mereka yang mempunyai gaji peringkat pertengahan yang tinggal di rumah teres, kondominium dan rumah pangsa serta membayar antara RM3,000 dan RM10,000 untuk memasang pakej yang terdiri daripada lapan kamera, set televisyen dan perakam DVR.

Harga pasaran untuk kamera CCTV antara RM150 hingga RM600 seunit. Peranti rakaman DVR asas berharga sekitar RM1,500.

Tinjauan oleh The Star mendapati pemilik rumah biasanya memasang CCTV di kawasan letak kereta, tepi dan belakang rumah, ruang tamu, dapur, tangga dan bilik tidur.

Pengurus Besar Centrix Security Sdn Bhd Jeffrey Tan berkata pengilang melihat kenaikan sebanyak 40 peratus dalam penjualan peralatan keselamatan terutamanya CCTV dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

Berdasarkan anggaran pasaran, beliau berkata, rakyat Malaysia telah membelanjakan lebih RM5 juta sebulan membeli unit CCTV.

Beliau berkata syarikat itu kini membekalkan lebih 5,000 unit CCTV sebulan kepada pengedar dan jualan dijangka meningkat kerana rakyat kini lebih mementingkan keselamatan.

Pengurus Besar Secom Malaysia Sdn Bhd Kenji Ishida bersetuju bahawa penduduk sekarang lebih prihatin tentang keselamatan rumah.

"Mereka telah membentuk persatuan. Malah ada yang melabur untuk CCTV bagi seluruh kawasan kejiranan sementara yang lain meletakkan pagar dan menubuhkan pondok pengawal," kata Ishida menerusi e-mel.

Tham Kok Hing, yang menjalankan pengedaran dan pemasangan CCTV berkata pelanggan biasanya memesan pakej yang mempunyai lapan unit CCTV.

Walau bagaimanapun, rumah teres dua tingkat secara purata memerlukan hanya empat kamera sebagai 'mata' di bahagian utama kediaman, menurut pengurus di bahagian permohonan dan pembangunan Centrix Fabian Low Soon Tuck.

"Salah satu kamera perlu diletakkan di kawasan anjung dan satu lagi di belakang rumah. Di bahagian dalam, kamera harus diletakkan di ruang tamu kerana itu adalah satu tempat di mana kebanyakan rompakan bermula dan satu di dapur kerana kebanyakan perompak biasanya masuk dari belakang atau melalui tingkap,"katanya.

Low berkata pelanggan boleh mendapatkan 'v-kad' pada perakam mereka yang akan menyegerakan rakaman CCTV dalam talian dan membolehkan ia dilihat pada peranti mudah alih seperti komputer riba dan telefon bimbit.

"Pengguna boleh log di Internet dan lihat apa yang sedang berlaku di rumah walaupun jauh," katanya.

Menurut analisis Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) jenayah pecah rumah menyumbang 18 peratus indeks jenayah tahun lepas.

Kata jurucakap polis, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, terdapat banyak kes di mana rakaman CCTV di rumah telah digunakan untuk menangkap penjenayah dan menyelesaikan kes.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan