220,000 Warga Asing Disenarai Hitam Oleh Imigresen

Diterbitkan: Ahad, 29 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen telah menyenarai hitamkan lebih 220,000 warga asing yang telah didapati melakukan pelbagai kesalahan ketika berada di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, sebahagian besar warga asing yang disenaraihitamkan itu telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan sebahagian lagi melakukan jenayah ketika berada di sini.

Beliau memberitahu, bilangan warga asing yang paling tinggi disenaraihitamkan adalah dari Indonesia, China, India dan Bangladesh.

“Jabatan Imigresen dapat mengesan mereka menerusi penggunaan sistem biometrik yang merupakan mesin pengimbas cap jari. Selain itu, kita juga boleh mengesan warga asing yang disenarai hitamkan itu melalui kombinasi nama, nombor pasport dan tarikh lahir mereka,” katanya kepada mStar Online, portal bahasa Malaysia The Star.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai negara dan bilangan warga asing yang disenaraihitamkan secara terperinci.

Alias telah diminta mengulas mengenai pelbagai insiden kes jenayah yang berlaku di sini sejak akhir-akhir ini yang dilaporkan melibatkan warga asing.

Antara kes jenayah yang dilaporkan melibatkan warga asing adalah sindiket dadah oleh warga Iran dan penipuan internet yang didalangi oleh warga Nigeria.

Baru-baru ini, terdapat trend jenayah baru dalam kecurian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kuala Lumpur yang dipercayai melibatkan warga asing.

Ini termasuk sekumpulan lelaki warga Colombia yang mahu melarikan sebuah ATM di Kajang pada Februari lalu namun cubaan itu gagal.

Menurut Alias, warga asing yang telah disenaraihitamkan yang dikesan keluar dari atau masuk ke Malaysia akan didakwa atau dikenakan kompaun bergantung kepada jenis kesalahan mereka.

“Jika mereka melakukan kesalahan jenayah, mereka akan dikenakan hukuman penjara. Kemudiannya mereka akan dihantar pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan,” katanya.

Dalam konteks ini, katanya, seramai 20,197 warga asing telah ditahan di depot tahanan imigresen bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, 7,362 orang berada dalam kategori ‘banduan asing’.

“Bagi tempoh yang sama juga, 4,540 tahanan di kalangan banduan asing itu telah pun dihantar pulang ke negara asal mereka,” katanya, sambil menambah bahawa bilangan banduan asing yang paling tinggi ditahan di depot tahanan adalah dari Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sistem biometrik yang diperkenalkan pada Jun tahun lalu meningkatkan keberkesanan pemantauan terhadap kemasukan warga asing ke negara ini dan menangani masalah jenayah rentas sempadan.

Ketika ditanya adakah Jabatan Imigresen menjalankan pemantauan tertentu terhadap warganegara khusus berikutan kes jenayah yang melibatkan warga asing yang semakin meningkat, Alias berkata;

“Kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia adalah sebagai pelancong. Kita tidak tahu tujuan sebenar kemasukan mereka (bona fide) maka kita tidak boleh mengenakan sekatan hanya bersandarkan sejumlah kecil jenayah yang melibatkan warga asing sahaja.

“Bagaimanapun, kita sentiasa memantau pergerakan keluar masuk mereka dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain serta melaksanakan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan