Satu Lagi Mayat Anak Kapal Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Satu lagi mayat anak kapal MT Bunga Alpinia yang meletup, Khamis lalu ketika mengisi minyak di jeti PETRONAS Methanol Labuan (PML), ditemui pada Sabtu.

Penemuan mayat itu menjadikan empat mangsa terkorban dalam insiden itu manakala seorang lagi anak kapal masih hilang.

Mayat anak kapal warga Filipina hanya dikenali sebagai Colangoy itu ditemui kira-kira pukul 9.04 pagi di perairan Kampung Nagalang, enam kilometer (km) daripada lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Zainal Madasin mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, MISC dalam satu kenyataan mengesahkan mayat keempat itu.

Penemuan mayat itu menjadikan empat mangsa terkorban dalam insiden itu manakala seorang lagi anak kapal rakyat Malaysia masih hilang.

MISC turut mengesahkan dua mayat yang ditemui pada Jumaat sebagai rakyat tempatan iaitu seorang kelasi Mohd Hanafi Kalil dan juru pam kanan Zahari Hassim.

Sebelum ini, MISC mengesahkan mangsa yang terbunuh ialah Shahril Azmi Baharudin, 28, dari Melaka yang bekerja sebagai tukang gris di atas kapal tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan