PM Lakukan Lawatan Kerja Di Felda Teloi Timur Esok

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadual melakukan lawatan kerja ke rancangan Felda Teloi Timur di Sik pada Ahad dan menyampaikan sumbangan duit raya serta 'durian runtuh' kepada masyarakat Felda di situ.

Mengikut jadual yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, beliau akan berbuka puasa bersama para peneroka pada majlis yang akan turut dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Perdana Menteri dijangka tiba di padang Sekolah Batu 5, Sik dengan helikopter kira-kira pukul 4.15 petang diikuti dengan acara gimik 'Kasih Felda'.

Najib kemudiannya akan melakukan majlis pecah tanah untuk projek Jalan Kampung Merbau Kudung-Felda Teloi Timur serta mendengar taklimat projek yang disampaikan Ketua Penolong Pengarah (Jalan), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Mahzan Osman.

Kira-kira pukul 6.10 petang pula, beliau akan merasmikan program Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya.

Pada majlis itu beliau akan menyampaikan sumbangan duit raya, durian runtuh fasa kedua, bantuan Kasih Felda, bantuan program Nur Ilmu, kerusi roda kepada pelajar cemerlang (pelajar istimewa), sumbangan Ramadan kepada 290 masjid dan anak-anak yatim.

Perdana Menteri kemudiannya akan menyertai majlis tahlil, berbuka puasa, solat maghrib, isyak serta solat tarawih bersama masyarakat peneroka, sebelum berlepas pulang kira-kira pukul 10.30 malam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan