Peniaga Diingat Jangan Naikkan Harga Barangan Kerana Pembayaran Bonus - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Para peniaga dingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan berikutan pembayaran bonus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sebab peniaga atau pekedai perlu menaikkan harga barangan keperluan semata mata untuk mengaut untung berikutan pembayaran bonus.

"Peniaga seharusnya bertimbang rasa dan bekerjasama dengan pengguna bagi kepentingan dan kebaikan bersama. Menaikkan harga barang sehingga menyusahkan penguna bukanlah satu usaha yang digalakkan. "Malah tiada sebab harga barang perlu dinaikkan. Penguna juga boleh gunakan kuasa mereka dengan memulaukan peniaga dan pekedai (yang menaikkan harga barang)," kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas menyampaikan wang durian runtuh RM5,000 kepada penerokawati di Felda Tembangau Satu dan Dua serta Felda Bukit Mendi dan Bukit Pucung, di sini, Sabtu.

Menteri itu berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur ke atas peniaga atau pekedai yang menaikkan harga barang terutamanya barang kawalan tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau menasihati orang ramai tidak membuat pembelian panik atau membeli secara kuantiti banyak kerana perbuatan seumpama itu hanya boleh menyebabkan kehabisan bekalan barang keperluan dan secara tidak langsung mendorong peniaga menaikkan harga. Ismail Sabri berkata, bekalan barang keperluan adalah mencukupi di hari raya dan sepanjang bulan Ramadan ini kerana pembekal dan pengilang sudah memberi jaminan mengadakan bekalan yang cukup kepada pemborong dan perniaga.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata seramai 2,000 pegawai pengkuatkuasa Kementerian itu dengan dibantu 1,600 pegawai pemantau akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan harga barang 24 jam di seluruh negara untuk memastikan tiada peniaga menaikkan harga. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan