500,000 Belum Tuntut MyKad Baru

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih 500,000 rakyat Malaysia masih belum menuntut MyKad mereka dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sikap acuh tidak acuh itu akan menimbulkan masalah yang tidak dijangka.

Jika maklumat termasuk alamat telah dikemas kini ketika permohonan tetapi MyKad baru itu tidak dituntut pada waktu ditetapkan, kemungkinan akan berlaku masalah kecil apabila menjalankan perniagaan atau memohon pinjaman.

"Butiran dalam kad pengenalan lama atau MyKad sementara akan menjadi tidak sah dan tidak sepadan dengan data yang dikemas kini di JPN," kata Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor kepada The Star.

Beliau berkata, kira-kira 1.6 juta orang memohon MyKad versi baru itu yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkat yang diperkenalkan awal tahun ini.

Namun, seramai 456,985 pemohon masih belum menuntut MyKad tersebut.

Sejumlah 53,183 orang yang memohon MyKad versi lama yang dikeluarkan sebelum Januari turut belum mengambil kad tersebut.

Permohonan penukaran MyKad baru itu mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia lebih tahan lama berbanding versi lama.

JPN menerima kira-kira 21,000 permohonan setiap hari pada April lalu.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan yang menggabungkan foto dan data cap jari biometrik pada cip komputer.

Selain diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

Berbeza daripada MyKad lama, nombor kad pengenalan pada MyKad baru itu diukir dengan laser dalam huruf kecil di bawah foto.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan