Turun Harga Kenderaan: Cadangan Tak Rasional Pembangkang

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. "Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.

Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.

"Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.

"Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.

"Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu," katanya.

Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.

Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan