Siasatan Bermula, Operasi Cari Empat Lagi Anak Kapal Diteruskan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Kebakaran di atas kapal tangki MV Bunga Alpinia akhirnya berjaya dipadamkan kira-kira 30 jam selepas terbakar dan disusuli beberapa siri letupan di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini.

"Api telah padam tetapi kami terus mengepam air (ke dalam kapal tersebut)," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin pada Jumaat.

Kapal tangki itu terbakar ketika sedang mengisi metanol pada pukul 2.30 pagi, Khamis.

Zainal berkata, tiga pasukan dalam keadaan bersiap sedia untuk memasuki kapal tersebut bagi memulakan siasatan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mengesan empat anak kapal yang masih hilang.

Mereka yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Nazrin Khamasani, 20, dari Kuala Lumpur, Mohd Hanafi Khalil, 24, dari Melaka, dan Zahari Hassim, 46, dari Negeri Sembilan serta warga Filipina Colanggoy Errol Calaluan, 22.

Setakat ini, mayat seorang anak kapal berjaya ditemui di kawasan jeti dan dikenali sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28, dari Melaka.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan