Perjuangan BN Di Landasan Betul Walaupun Tidak Guna Label Islam - PM

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul walaupun perikatan itu tidak menggunakan label Islam.

Perdana Menteri berkata, segala program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat adalah berlandaskan 'maqasid syariah'.

"Apa yang kita lakukan adalah berpandukan kepada kehendak Islam seperti yang tertera dalam maqasid syariah. Maqasid syariah itulah panduan induk kita," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kediaman Menteri Besar di sini, Khamis.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin parti komponen BN.

Terdahulu, Najib dan isteri meluangkan masa mendengar tazkirah sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib. Beliau kemudiannya menunaikan solat sunat Tarawih.

Najib berkata, kerajaan BN menunjukkan komitmen yang berterusan dalam menjaga kesucian Islam.

"Agama kita pegang, keamanan kita pegang. Ini adalah perjuangan kita bersama," katanya.

Beliau berkata, Islam tidak menyempitkan agama dan yang menyempitkan agama adalah puak tertentu kerana politik dan tidak meletakkan Islam tertinggi dalam pertimbangan.

Perdana Menteri berkata, apabila kepentingan politik melebihi kepentingan Islam, apa sahaja program yang dilaksanakan oleh kerajaan dilihat sebagai tidak betul.

Beliau berkata sebagai contoh, ada pihak yang cuba menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings walaupun tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu untuk kepentingan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan