Pelombong Bijih Timah Secara Haram Hilangkan Diri

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah kongsi turut dibina di dalam tapak perlombongan bijih timah haram itu.
Rumah kongsi turut dibina di dalam tapak perlombongan bijih timah haram itu.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat yang melombong bijih timah dari lombong pasir berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kubang Pasu, Kedah menghilangkan diri apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melawat tapak berkenaan.

Beberapa pegawai penguatkuasa mendapati kerja-kerja melombong pasir dan bijih timah dihentikan sepenuhnya dan laluan masuk ke kawasan perlombongan itu turut ditutup.

Pegawai SPRM melawat tapak itu susulan laporan muka depan akhbar The Star pada Khamis yang mendedahkan kegiatan perlombongan haram yang dijalankan lebih dua tahun lalu.

"Beberapa jentera berat termasuk traktor, mesin pengorek dan trak ditinggalkan di tapak perlombongan itu," kata sumber SPRM.

Bagaimanapun, sumber memberitahu SPRM sudah membuka kertas siasatan ke atas operator tersebut kerana beroperasi secara haram.

Katanya, pegawai penguatkuasa akan mengosongkan tapak perlombongan itu secepat mungkin memandangkan permit operasi telah tamat 20 hari lalu.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan menyiasat aktiviti perlombongan bijih timah secara haram itu, lapor EMBUN MAJID.

"Saya perlu memeriksa dengan jabatan berkaitan untuk mengenal pasti tapak itu dan kami perlu menyiasat untuk mengesahkan dakwaan itu," katanya.

Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Muhamad Nor Rofie berkata, hanya sebuah syarikat diberikan lesen untuk melombong pasir dan bijih timah di daerah itu.

Menurutnya, syarikat tersebut adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri dan projek itu dijalankan menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat swasta.

The Star pada Khamis melaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10 lombong bijih timah haram di negeri ini.

Pelombong tersebut dipercayai "menyembunyikan" perniagaan mereka dengan berselindung di sebalik menjadi pengusaha lombong pasir.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan