PAS Dinasihati Terima Hakikat DAP Tidak Akan Terima Malaysia Negara Islam

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Pemimpin dan anggota parti PAS perlu menerima hakikat sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu DAP tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata DAP juga tidak akan sesekali membenarkan PAS melaksanakan undang-undang hudud jika pakatan berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Pemimpin DAP Karpal Singh dan Lim Kit Siang sepanjang berhujah di Parlimen menegaskan Malaysia negara sekular kerana rakyatnya pelbagai kaum, walaupun ketika itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu sidang Parlimen, Malaysia negara Islam, kata Ahmad.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan wang 'durian runtuh' fasa kedua kepada 935 isteri peneroka Felda Lakum dan Bukit Damar, di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata isu hudud dan negara Islam akan terus menjadi punca pertelagahan dalam pakatan pembangkang.

"Pemimpin PAS perlu mempertahankan usaha mereka untuk melaksanakan hukum hudud supaya mereka tidak hilang sokongan penyokong tegar, begitu juga sebaliknya bagi DAP yang menolak hukum hudud itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan