Operasi Keluarkan Pelajar Malaysia Di Syria Selesai - Anifah Aman

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pelajar Malaysia di Syria yang terlibat dalam proses evakuasi telah berada di tanah air dengan kumpulan terakhir tiba pada Khamis.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik, Syria dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan.

"Seramai tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan pelajar sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana," katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Sabtu lepas, Anifah dilapor berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan pertama sebanyak tujuh pelajar selamat tiba di tanah air pada Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 pelajar tiba, Khamis.

Mengulas mengenai ekspatriat Malaysia di Syria, Anifah berkata sembilan orang telah kembali ke tanah air atas inisiatif sendiri manakala seorang masih berada di sana.

Beliau berkata duta dan empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik akan kembali dalam masa terdekat.

"Sehubungan itu bilik operasi Kementerian Luar Negeri telah ditutup secara rasminya. Sebarang pertanyaan lanjut orang awam boleh menghubungi 03-88874000 pada waktu pejabat dan 03-88874570 selepas waktu pejabat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan