AirAsia Umum Beli Batavia Air Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 27 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: AirAsia pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan membeli kepentingan dalam syarikat penerbangan Indonesia, Batavia Air pada harga AS$80 juta (RM251.96 juta).

Bagaimanapun, pembelian tersebut bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Indonesia.

Dan sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang Indonesia, AirAsia berkata mereka hanya dapat memegang 49 peratus kepentingan dalam Batavia Air.

Baki 51 peratus lagi akan dipegang oleh unit Indonesia iaitu Fersindo.

Pemilik AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan pembelian itu sebagai suatu peluang yang cukup menarik.

Katanya, pembelian itu akan memacu pertumbuhan AirAsia sebagai pengangkutan tambang murah Asia yang dominan khususnya dalam sektor Indonesia.

Permintaan ke atas perkhidmatan udara Indonesia - sebuah negara dengan lebih 17,000 buah pulau serta peningkatan golongan kelas sederhana dari kalangan 240 juta populasinya telah mendorong pertumbuhan industri penerbangan.

Menurut kenyataan AirAsia, pembelian berjumlah AS$80 juta (RM251.96 juta) itu akan dilangsaikan secara tunai.

Batavia Air kini merupakan sebuah syarikat penerbangan domestik yang sedang meningkat naik serta memberi persaingan segit kepada sebuah lagi penerbangan tambang murah iaitu Lion Air.

Batavia Air buat masa ini beroperasi dengan lebih 30 buah pesawat dan turut menawarkan perkhidmatan antarabangsa ke Jeddah, Singapura dan Guangzhou di Selatan China.

Tahun lalu, syarikat-syarikat penerbangan domestik Indonesia telah membawa sejumlah 60 juta orang penumpang.

Awal tahun ini Lion Air telah menempah 230 buah pesawat Boeing 737 dengan harga AS$22.4 bilion (RM70.54 bilion) - sekali gus mencatat sejarah sebagai perjanjian pembelian pesawat Boeing yang terbesar dalam sejarah pembuat pesawat komersil itu.

Sementara AirAsia turut mencatat sejarah yang serupa apabila memeterai perjanjian pembelian pesawat Airbus yang terbesar dan terbanyak dalam sejarah syarikat pembuat pesawat Eropah itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan