Tiga Lagi Kumpulan 101 Pelajar Malaysia Di Syria Akan Dibawa Pulang Khamis

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kesemua 101 pelajar Malaysia di Syria akan dibawa pulang ke tanah air menerusi tiga kumpulan pada Khamis.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem berkata, mereka akan dibawa pulang menggunakan pesawat komersial yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Terdapat tiga penerbangan esok (Khamis), satu dari Damsyik yang dijangka tiba pada pukul 2.55 petang dan dua penerbangan dari Beirut dijangka tiba pada pukul 2.10 petang dan 8.40 malam.

"Menjelang malam Khamis, kesemua akan dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat," katanya kepada para pemberita ketika ditemui di Balai Ketibaan KLIA di sini, Rabu.

Richard berkata, sementara itu terdapat lapan pelajar yang enggan pulang ke tanah air.

"Kita sudah cuba memujuk mereka untuk pulang tetapi mereka masih enggan atas sebab peribadi. Kita tidak boleh paksa jika mereka tidak mahu.

"Apapun, difahamkan bahawa mereka bukan berada di tempat kritikal tetapi mereka berpindah ke tempat lain. Yang penting adalah keselamatan mereka," katanya.

Beliau menambah, proses pemindahan dan penghantaran pulang kesemua pelajar Malaysia adalah menerusi kerjasama Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kedutaan Besar Malaysia di Syria.

"Keutamaan kami adalah memastikan kesemuanya selamat dan dibawa pulang ke Malaysia. Mereka akan berada di tanah air sehingga keadaan di Syria kembali pulih," kata Richard.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Syria seramai tujuh orang tiba di tanah air pada pukul 4.11 petang Rabu, lewat lebih sejam daripada yang dijadualkan.

Ketibaan mereka di KLIA menerusi penerbangan Emirates EK346.

Tujuh pelajar terbabit ialah Abdul Halim Mohammad Ghazali, 21; Mohd Luqman Saidin, 23; Muhammad Afifuddin Md Tahir, 23; Muhammad Hasan Hilmi Hassan Shukri, 21; Muhammad Othman Zawawi, 23; Muhammad Rusydi Ilhami Ahmad Fahmi, 22; dan Syed Abdul Rahman Syed Ramli, 24.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan