Pemandu, Pemilik Kenderaan Gagal Kemas Kini Alamat Boleh Didenda - JPJ

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu yang bertukar alamat diminta memaklumkan alamat terkini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melicinkan urusan berkaitan.

Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadhil Hassan berkata kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 58 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2011) yang boleh didenda tidak melebihi RM2,000.

Pesalah trafik yang menafikan menerima notis atau saman daripada pihak berkuasa kerana perbezaan alamat pada pangkalan data JPJ boleh disabitkan melakukan kesalahan mengikut seksyen tersebut, katanya dalam kenyataan, di sini, Khamis.

"Orang ramai khususnya di Melaka boleh hadir ke kaunter JPJ yang berhampiran dalam tempoh dua bulan selepas berpindah ke tempat baru untuk menukar alamat terkini," katanya.

Mereka juga boleh menghubungi talian 06-2328607 untuk keterangan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan