Pelombong Guna Permit Melombong Pasir Kaut Keuntungan Melombong Bijih Timah - Berita Semasa | mStar

Pelombong Guna Permit Melombong Pasir Kaut Keuntungan Melombong Bijih Timah

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mereka telah diberikan permit untuk melombong pasir di Kedah tetapi operator perlombongan pasir turut melombong bijih timah secara haram dan memperoleh hampir RM500,000 sebulan.

Pegawai penguatkuasa menganggarkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10 lombong bijih timah haram di negeri ini.

"Semuanya tentang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Ia adalah perniagaan besar bagi mereka, jadi mereka tidak keberatan melabur RM1 juta untuk membuka operasi mereka," menurut satu sumber penguatkuasaan.

Bagi mengelakkan proses yang rumit dan mahal untuk memohon permit melombong bijih timah, pelombong haram ini akan "menyembunyikan" perniagaan mereka dengan berselindung di sebalik menjadi pengusaha lombong pasir.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan