Nik Aziz: Kalau Orang Boleh Terima Hukuman Gantung Kenapa Tidak Hudud

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang sendiri iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata, semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata, tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata, jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab mengapa hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan